selamat datang


Isnin, 17 Disember 2012

Teknik Mewarna Gambar

1. Cari dekat Internet gambar yang lukisan yang tidak berwarna 
2. Mewarna Menggunakan Paint
3. Kemudian Edit gambar menggunakan Picasa supaya warna menjadi sekata
                                        Semoga Berjaya =)

Peminangan Puteri Gunung Ledang

Tugasan Cover depan Peminangan Puteri Gunung Ledang
menggunakan Software Adobe Photoshop, Picasa dan Paint mudah sahaja... Five Sounds Production mempersembahkan  " Peminangan Puteri Gunung Ledang


Sabtu, 15 Disember 2012

Ada 6 Perkara sebelum Zzzzzzzzz


Pertama, Malam yang indah diterangi cahaya lampu,

Kedua, Hanya setakat ini sahaja yang aku mampu,

Ketiga, Mengapai-ngapai blogku,

Keempat, Tiba masanya menggelapkan ruang-ruang bilikku,

kelima, Selamat malam sahabatku,

keenam, Semoga mimpi-mimpi indah selalu.





Komen Mengenai Kelas Amali Kesusasteraan dalam Multimedia BBK 3408

Assalamualaikum Semua.. 

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Kak Wany & Kak Intan kerana telah banyak membantu saya dalam penyediaan blog, web, penggunaan Photoshop, Movie Maker dan banyak lagi yang sangat membantu. sebelum ini saya tidak pandai untuk meng "update" blog pon sehinggalah kelas ini muncul... oklah tp kira 24 jamlah online tambah dengan facebook, twitter, blog dan website banyaklah laman sesawang sekarang tambahlah hobi saya dah mengadap laptop setiap hari hehe. sekurang-kurangnya adalah saya tulis di Blog dan bukannya membuat sesuatu yang tidak berfaedah. Kelas ini amatlah membantu tapi kalau tutorial ada mengajar mengenai penggunaan Macromedia Flash pun lagi best juga sebab dalam tugasan "Peminangan Puteri Gunung Ledang" baru-baru ini kami akan tahu bagaimana untuk mengerakkan animasi tersebut sendiri tanpa bantuan pakar atau hanya cut dari internet sahaja. Saya suka sangat subjek Multimedia ni tak bosan, tak adalah asyik mengadap buku jek hehe... Itu sahaja komen dari saya.... 

Terima Kasih Sehingga kita berjumpa lagi.

Sajak Api, Air dan Tanah


           Api, Air Dan Tanah

Api,
Api akan membahayakan diri
Jika ianya semakin marak
Sukar untuk  dikawal
Api mangamuk seperti setan,
Perlunya air untuk memadamkannya.

Air,
Air adalah cita-cita
Akan terus mengalir mengikut arus,
Ia akan mengalir sehingga mampu meruntuhkan tebing,
Tanpa halangan tanpa rintangan terus menuju kejayaan,
Berjuang tanpa tahu erti penat lelah dan keringat.

Tanah,
Tanah adalah kehidupan,
Tanah adalah punca pengorbanan,
Tanpa tanah hidup ini menjadi kosong,
Kosong seperti
Punca kekayaan dan kebendaan.

Api, air dan Tanah menjadi pelengkap kepada setiap insan,
Bagi melengkapi diri yang serba kekurangan,
Air mampu memadamkan api,
Tanah menjadi pelengkap kepada insan.
Hargailah setiap kurniaanNya.

Hasil Nukilan : Afida Md






Sajak Temanku


                                Temanku…

Temanku
Kaulah yang banyak membantu dalam sukaduka hidupku
Kaulah yang mengisi kekeosongan hatiku
            disaat tiada keluarga di sampingku
Kaulah yang memberi dorongan dan semangat
kepadaku untuk mengejar segunung ilmu
kaulah pembimbingku
kaulah penyelamatku
kaulah yang menjagaku di saat aku dalam keresahan dan kesakitan
apabila tiada ubat yang mampu mengubati kesakitan rinduku
tubuhku tak berdaya tak tertahan
menahan sebak didada tiada tertahan
bagaikan dedaun yang berguguran dari pohonnya

Temanku
Kaulah teman sejatiku,
Jasamu tidak akan kulupakan
Ombak tidak akan menjadi penghalang dalam perkenalan kita
Api tidak mampu memisahkan persahabatan kita,
Air yang mengalir mampu meruntuhkan api yang menjadi penghalang antara kita
Walaupun sebesar mana marak api itu mampu ku redahi dengan kekuatan persahabatn
Kukuh di persada kehidupan yang hakiki
Yang menjadi pelengkap kepada kekurangan diri

Hasil Nukilan : Afida Md


Khamis, 13 Disember 2012

Sajak Debaran Yang Dinanti



Debaran Yang Dinanti

Jodoh adalah suatu rahsia tuhan yang sangat suci
Kesuciannya tak dapat ditandingi
Tapi
bilakah jodohku akan kesampaian
bilakah cinta ini akan dekat dengan kepadaku
bilakah debaran ini akan terhenti
menanti suatu cinta yang tak pasti
kesudahannya
perlukah aku mengejar cinta
cukupkah cinta aku terhadap Illahi
cukupkah cinta aku terhadap ilmu
mengejar suatu cita-cita dan impian semata-mata
hati ini menjadi kosong mengharapkan
kumbang yang mampu menyinari hidupku
kumbang dan insan yang mampu memberi sinar kebahagiaan kepadaku
ataupun hanya memberi kesengsaraan kepadaku
aku mahu menjadi bunga yang sentiasa di samping kumbang yang sentiasa mekar
aku hanya mahu menjadi satu yang dicintai
adakah kumbang ini  mampu dipercayai
mampukah aku menerima kumbang apabila dia menghampiriku
tapi aku dahagakan sedikit belaian sang perindu
berilah aku peluang walaupun sedetik
berilah aku peluang untuk merasakan perkataan
aku cinta padamu

Hasil Nukilan : Afida Md



Sajak Hati




Hati


Hati,
Hati ini dibelenggu kancah penderitaan dan kesepian,
Penderitaan yang mematangkan hati ini untuk terus ke depan,
Aku kecapi onak dan duri keresahan,
Hati ini begitu pedih sengsara yang tiada tertahan.

Hati ini,
Tiada siapa yang mengerti,
Mengharapkan selumbar kebahagiaan dan selumbar kasih,
Kesepian dan kepedihan hidup mematangkan aku,
Mengecapi segala kemahuan hidup,
Sedamai lautan pasti ada ombak yang membadai,
Namun ianya menjadi lumrah kehidupan,
Secebis harapan penawar hati seribu kedukaan,
Hanya tadahan tangan menuju kekuatan.

Hati,
Sepi
            Kosong
                        Hitam dan kelam
Seperti tiada sebutir bintang pun yang berkelip.



Hasil Nukilan : Afida Md


Sajak Warkah buat Emakku



Warkah buat  Emakku

Semenjakku berjauhan denganmu
Ku merasakan aku ingin dekat kepadamu
Hati ini tak dapat meluahkan perasaan kasih dan sayangku
Kau telah banyak menabur bakti kepada adik-adikku
Yang menjadi penawar kepada jiwa

Hatimu sungguh kuat
Hatimu keras seperti batu yang tidak mudah pecah
Kau cuba untuk menjadi batu
Tapi aku tahu air matamu mengalir lesu
Ku ingin mencium dan memelukmu
Seperti ku memeluk bantal busukku

Aku tak dapat mengungkapkan perasaan ini
Betapaku amat menyayangimu
Hatiku cuba untuk menjadi kuat
Tetapi sebanarmya tidak
Hanya tuhan sahaja yang Maha Mengetahui
Hati nuraniku

Tapi aku perlu menjadi kuat
Untuk merentas bahang yang mendatang
Aku tak boleh goyah
Aku tak boleh mengalah
Tapi aku lemah
Tak berdaya



Hasil Nukilan : Afida Md

Sajak Adikku sayang (Johor Bahru – Serdang (UPM)




                               Adikku sayang
Johor Bahru – Serdang (UPM)



Adikku sayang
Aku meninggalkan kau sekali lagi
Aku tak dapat menolak ini berlaku lagi
Inilah hidup seorang perantauan adikku
Johor Bahru kutinggalkan Serdang ku labuhkan
Hidupku penuh kekosongan adikku tanpamu disisiku
Aku harap kau mengerti di saat penantian

Adikku
Kakakkmu akan kembali
Esok
Minggu depan
Bulan depan
Jika tiada ombak yang membadai menjadi penghalang kasih sayangku
Adikku janganlah kau bersedih
air matamu melemahkan semangatku untuk meneruskan perjuangan ini
titisan air matamu memberikan aku seribu makna kedukaan
aku akan kembali adikku
kaulah yang memberikan nur kepadaku
mengertilah sayang.


Hasil Nukilan : Afida Md