selamat datang


Sabtu, 15 Disember 2012

Sajak Api, Air dan Tanah


           Api, Air Dan Tanah

Api,
Api akan membahayakan diri
Jika ianya semakin marak
Sukar untuk  dikawal
Api mangamuk seperti setan,
Perlunya air untuk memadamkannya.

Air,
Air adalah cita-cita
Akan terus mengalir mengikut arus,
Ia akan mengalir sehingga mampu meruntuhkan tebing,
Tanpa halangan tanpa rintangan terus menuju kejayaan,
Berjuang tanpa tahu erti penat lelah dan keringat.

Tanah,
Tanah adalah kehidupan,
Tanah adalah punca pengorbanan,
Tanpa tanah hidup ini menjadi kosong,
Kosong seperti
Punca kekayaan dan kebendaan.

Api, air dan Tanah menjadi pelengkap kepada setiap insan,
Bagi melengkapi diri yang serba kekurangan,
Air mampu memadamkan api,
Tanah menjadi pelengkap kepada insan.
Hargailah setiap kurniaanNya.

Hasil Nukilan : Afida Md






Tiada ulasan:

Catat Ulasan