Debaran Yang Dinanti
Jodoh adalah suatu rahsia tuhan yang sangat suci
Kesuciannya tak dapat ditandingi
Tapi
bilakah jodohku akan kesampaian
bilakah cinta ini akan dekat dengan kepadaku
bilakah debaran ini akan terhenti
menanti suatu cinta yang tak pasti
kesudahannya
perlukah aku mengejar cinta
cukupkah cinta aku terhadap Illahi
cukupkah cinta aku terhadap ilmu
mengejar suatu cita-cita dan impian semata-mata
hati ini menjadi kosong mengharapkan
kumbang yang mampu menyinari hidupku
kumbang dan insan yang mampu memberi sinar kebahagiaan kepadaku
ataupun hanya memberi kesengsaraan kepadaku
aku mahu menjadi bunga yang sentiasa di samping kumbang yang sentiasa mekar
aku hanya mahu menjadi satu yang dicintai
adakah kumbang ini mampu dipercayai
mampukah aku menerima kumbang apabila dia menghampiriku
tapi aku dahagakan sedikit belaian sang perindu
berilah aku peluang walaupun sedetik
berilah aku peluang untuk merasakan perkataan
aku cinta padamu
Hasil Nukilan : Afida Md
Hasil Nukilan : Afida Md
Tiada ulasan:
Catat Ulasan