selamat datang


Khamis, 13 Disember 2012

Sajak Warkah buat Emakku



Warkah buat  Emakku

Semenjakku berjauhan denganmu
Ku merasakan aku ingin dekat kepadamu
Hati ini tak dapat meluahkan perasaan kasih dan sayangku
Kau telah banyak menabur bakti kepada adik-adikku
Yang menjadi penawar kepada jiwa

Hatimu sungguh kuat
Hatimu keras seperti batu yang tidak mudah pecah
Kau cuba untuk menjadi batu
Tapi aku tahu air matamu mengalir lesu
Ku ingin mencium dan memelukmu
Seperti ku memeluk bantal busukku

Aku tak dapat mengungkapkan perasaan ini
Betapaku amat menyayangimu
Hatiku cuba untuk menjadi kuat
Tetapi sebanarmya tidak
Hanya tuhan sahaja yang Maha Mengetahui
Hati nuraniku

Tapi aku perlu menjadi kuat
Untuk merentas bahang yang mendatang
Aku tak boleh goyah
Aku tak boleh mengalah
Tapi aku lemah
Tak berdaya



Hasil Nukilan : Afida Md

Tiada ulasan:

Catat Ulasan