Assalamualaikum Semua..
Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Kak Wany & Kak Intan kerana telah banyak membantu saya dalam penyediaan blog, web, penggunaan Photoshop, Movie Maker dan banyak lagi yang sangat membantu. sebelum ini saya tidak pandai untuk meng "update" blog pon sehinggalah kelas ini muncul... oklah tp kira 24 jamlah online tambah dengan facebook, twitter, blog dan website banyaklah laman sesawang sekarang tambahlah hobi saya dah mengadap laptop setiap hari hehe. sekurang-kurangnya adalah saya tulis di Blog dan bukannya membuat sesuatu yang tidak berfaedah. Kelas ini amatlah membantu tapi kalau tutorial ada mengajar mengenai penggunaan Macromedia Flash pun lagi best juga sebab dalam tugasan "Peminangan Puteri Gunung Ledang" baru-baru ini kami akan tahu bagaimana untuk mengerakkan animasi tersebut sendiri tanpa bantuan pakar atau hanya cut dari internet sahaja. Saya suka sangat subjek Multimedia ni tak bosan, tak adalah asyik mengadap buku jek hehe...
Itu sahaja komen dari saya....
Terima Kasih Sehingga kita berjumpa lagi.
Sabtu, 15 Disember 2012
Sajak Api, Air dan Tanah
Api,
Air Dan Tanah
Api,
Api akan membahayakan diri
Jika ianya semakin marak
Sukar untuk dikawal
Api mangamuk seperti setan,
Perlunya air untuk memadamkannya.
Air,
Air adalah cita-cita
Akan terus mengalir mengikut
arus,
Ia akan mengalir sehingga mampu
meruntuhkan tebing,
Tanpa halangan tanpa rintangan
terus menuju kejayaan,
Berjuang tanpa tahu erti penat
lelah dan keringat.
Tanah,
Tanah adalah kehidupan,
Tanah adalah punca pengorbanan,
Tanpa tanah hidup ini menjadi
kosong,
Kosong seperti
Punca kekayaan dan kebendaan.
Api, air dan Tanah menjadi
pelengkap kepada setiap insan,
Bagi melengkapi diri yang serba
kekurangan,
Air mampu memadamkan api,
Tanah menjadi pelengkap kepada
insan.
Hargailah setiap kurniaanNya.
Hasil Nukilan : Afida Md
Sajak Temanku
Temanku…
Temanku
Kaulah yang banyak membantu dalam
sukaduka hidupku
Kaulah yang mengisi kekeosongan hatiku
disaat
tiada keluarga di sampingku
Kaulah yang memberi dorongan dan
semangat
kepadaku untuk
mengejar segunung ilmu
kaulah pembimbingku
kaulah penyelamatku
kaulah yang menjagaku di saat aku dalam
keresahan dan kesakitan
apabila tiada
ubat yang mampu mengubati kesakitan rinduku
tubuhku tak berdaya tak tertahan
menahan sebak didada tiada tertahan
bagaikan dedaun yang berguguran dari
pohonnya
Temanku
Kaulah teman sejatiku,
Jasamu tidak akan kulupakan
Ombak tidak akan menjadi penghalang
dalam perkenalan kita
Api tidak mampu memisahkan persahabatan
kita,
Air yang mengalir mampu meruntuhkan api
yang menjadi penghalang antara kita
Walaupun sebesar mana marak api itu
mampu ku redahi dengan kekuatan persahabatn
Kukuh di persada kehidupan yang hakiki
Yang menjadi pelengkap kepada kekurangan
diri
Hasil Nukilan : Afida Md
Khamis, 13 Disember 2012
Sajak Debaran Yang Dinanti
Debaran Yang Dinanti
Jodoh adalah suatu rahsia tuhan yang sangat suci
Kesuciannya tak dapat ditandingi
Tapi
bilakah jodohku akan kesampaian
bilakah cinta ini akan dekat dengan kepadaku
bilakah debaran ini akan terhenti
menanti suatu cinta yang tak pasti
kesudahannya
perlukah aku mengejar cinta
cukupkah cinta aku terhadap Illahi
cukupkah cinta aku terhadap ilmu
mengejar suatu cita-cita dan impian semata-mata
hati ini menjadi kosong mengharapkan
kumbang yang mampu menyinari hidupku
kumbang dan insan yang mampu memberi sinar kebahagiaan kepadaku
ataupun hanya memberi kesengsaraan kepadaku
aku mahu menjadi bunga yang sentiasa di samping kumbang yang sentiasa mekar
aku hanya mahu menjadi satu yang dicintai
adakah kumbang ini mampu dipercayai
mampukah aku menerima kumbang apabila dia menghampiriku
tapi aku dahagakan sedikit belaian sang perindu
berilah aku peluang walaupun sedetik
berilah aku peluang untuk merasakan perkataan
aku cinta padamu
Hasil Nukilan : Afida Md
Hasil Nukilan : Afida Md
Sajak Hati
Hati
Hati,
Hati ini dibelenggu kancah penderitaan
dan kesepian,
Penderitaan yang mematangkan hati ini
untuk terus ke depan,
Aku kecapi onak dan duri keresahan,
Hati ini begitu pedih sengsara yang
tiada tertahan.
Hati ini,
Tiada siapa yang mengerti,
Mengharapkan selumbar kebahagiaan dan
selumbar kasih,
Kesepian dan kepedihan hidup mematangkan
aku,
Mengecapi segala kemahuan hidup,
Sedamai lautan pasti ada ombak yang
membadai,
Namun ianya menjadi lumrah kehidupan,
Secebis harapan penawar hati seribu kedukaan,
Hanya tadahan tangan menuju kekuatan.
Hati,
Sepi
Kosong
Hitam
dan kelam
Seperti tiada sebutir bintang pun yang
berkelip.
Hasil Nukilan : Afida Md
Sajak Warkah buat Emakku
Warkah buat Emakku
Semenjakku berjauhan denganmu
Ku merasakan aku ingin dekat kepadamu
Hati ini tak dapat meluahkan perasaan kasih dan sayangku
Kau telah banyak menabur bakti kepada adik-adikku
Yang menjadi penawar kepada jiwa
Hatimu sungguh kuat
Hatimu keras seperti batu yang tidak mudah pecah
Kau cuba untuk menjadi batu
Tapi aku tahu air matamu mengalir lesu
Ku ingin mencium dan memelukmu
Seperti ku memeluk bantal busukku
Aku tak dapat mengungkapkan perasaan ini
Betapaku amat menyayangimu
Hatiku cuba untuk menjadi kuat
Tetapi sebanarmya tidak
Hanya tuhan sahaja yang Maha Mengetahui
Hati nuraniku
Tapi aku perlu menjadi kuat
Untuk merentas bahang yang mendatang
Aku tak boleh goyah
Aku tak boleh mengalah
Tapi aku lemah
Tak berdaya
Hasil Nukilan : Afida Md
Sajak Adikku sayang (Johor Bahru – Serdang (UPM)
Johor Bahru – Serdang
(UPM)
Adikku sayang
Aku meninggalkan kau sekali lagi
Aku tak dapat menolak ini berlaku lagi
Inilah hidup seorang perantauan adikku
Johor Bahru kutinggalkan Serdang ku labuhkan
Hidupku penuh kekosongan adikku tanpamu disisiku
Aku harap kau mengerti di saat penantian
Adikku
Kakakkmu akan kembali
Esok
Minggu depan
Bulan depan
Jika tiada ombak yang membadai menjadi penghalang kasih
sayangku
Adikku janganlah kau bersedih
air matamu melemahkan semangatku untuk meneruskan perjuangan
ini
titisan air matamu memberikan aku seribu makna kedukaan
aku akan kembali adikku
kaulah yang memberikan nur
kepadaku
mengertilah sayang.
Hasil Nukilan : Afida Md
Langgan:
Catatan (Atom)